Assalamualaikum gaiss… Sepatutnya abam update entri ni masa abam kat Cameron Highland hari tu. Tapi memandangkan blog pun masih blom ...

Percutian Tak Dirancang : Bermalam di Hotel The Royal Chateau, Cameron Highland...

06:21 Abam Korie 6 Comments

Assalamualaikum gaiss…

Sepatutnya abam update entri ni masa abam kat Cameron Highland hari tu. Tapi memandangkan blog pun masih blom siap, masa tu pulak abam kurang sihat..so tertangguh ler sket.

Okeh, sebenarnya holiday ke Cameron Highland pada hari tu tak dirancang pun. Cadangnya nak balik kampung jer. Ntah malam tu terasa Cameron Highland memanggil-manggil plak heheh.. So abam decide singgah jer lah. Kalau ada hotel yang masih kosong, so boleh lah bermalam kat sana, kalau takde..kita beli strawberri jer lah…pastu terus balik ke kampung…

Entri kali ni abam nak kongsikan pasal hotel baru, memang kalau google pun tak jumpa lagi..baru jer beroperasi 2 minggu..masa abam stay kat situ..




Inilah dia hotel yang abam bagitau tu, The Royal Chateau . Hotel ni terletak di Brinchang, bersebelahan dengan Kasimani’s Strawberry Farm. Kalau dari jalan utama memang tak perasan sangat sebab hotel ni ada kat atas bukit.

Permandangan dari jalan utama, memang nampak menarik..
Pada mulanya abam bercadang nak stay kat Century Pines Cameron Highland. Masa dalam perjalanan ke Century Pines tu, abam terperasan ada satu rumah ala-ala villa kat atas bukit. Memang cukup menarik design umah tu..so dengan selamber abam tanya jer orang yang jaga kat situ..

Rupanya, hotel ni baru jer dibuka. Rasanya baru 2 minggu dibuka untuk disewa. Apa yang abam nampak masa tu hanya 80% ke 90% dah siap..masih ada sedikit pengubahsuaian yang pihak hotel tengah buat.

Cuba tengok kawasan hotel/villa ni. Nampak macam seolah-olah macam kat Bukit Tinggi pulak…kan…kan. Serius memang menarik.


Add caption


Kat sebelah hotel/villa ni siap dibuat tempat permaianan untuk kanak-kanak & kolam renang.

Setelah berbincang dengan pengurus hotel, dia mencadangkan abam mencuba bilik Family Suite. Jom kita tengok apa yang ada bilik Family Suite ni..


Bilik luas, katil besar...

Ini memang best kalau dah siap nanti, ni belum boleh digunakan lagi.

Yakuzi, tapi belum pasang lagi soket elektrik,..kalau tak memang nak berendam jer la...



Dengan harga RM200 semalam dan sarapan pun disediakan, abam rasa berbaloi untuk sewa bilik ni. Bestkan…siap ada yakuzi (walaupun tak boleh guna sepenuhnya sebab plug belum dipasang lagi masa tu), bilik air nya luas, bilik utama yang besar.. siap ada tempat pemanas api ( ni pun masih belum boleh guna lagi …heheh)…kalau bawa anak ramai pun memang boleh sumbat ni. Masa abam sampai tu dalam  pukul 10.30 pagi. Tapi memandangkan bilik tu kosong, pengurus hotel terus offer untuk terus check in..

Masa lepas check in, baru abam perasan. Takder air cond dalam bilik. Rupanya di Cameron Highland, kebayakan hotel memang jaranglah jumpa yang ada air cond. Mungkin pada waktu siang rasa agak panas sikit, tapi pada waktu malam..fuhhh memang sejuk. So memang lah jimat kalau dok kat sana. Abam rasa lah kan..air cond kat Cameron Highland ni memang susah nak jual kot kan..hehehhe….

Rasanya kalau dapat hotel di area Brinchang memang antara kawasan terbaik, sebab ada di tengah-tengah kawasan dan mudah nak pegi ke Tanah Rata..nak pegi ke Tringkap. Nak cari kedai makan pun senang, banyak pilihan restoran dekat-dekat situ.

Masa abam sampai di Cameron Highland tu, hari Rabu sehari sebelum cuti Maulidur Rasul. Disebabkan abam sampai di awal pagi, takder lah jem sangat. Tapi selepas pukul 2 petang, kebanyakan ditempat tarikan utama memang jem giler…

Pengajarannya lepas ni, janganlah nak pegi holiday kat Cameron Highland pada musim cuti sekolah. Memang buang masa jem kat atas jalan tu..sib baik abam ni penyabar orangnya heheh…
Masa kat sana, abam hanya sempat melawat beberapa tempat jer macam Lavender Farm, Butterfly Park dan Kampung Sedia.


Sebenarnya, nilah pertama kali abam tau pasal Kampung Sedia ni..heheh teruk nya.. rupanya di Kampung Sedia ni ada homestay, ada restoran/cafe, ada ladang strawberri, ada ladang sayur dan macam-macam lagi. Sebelum ni, kalau nak beli sayur ke strawberri ke..mesti nak beli kat area Brinchang atau sekitar jalan utama.. Tapi kali ni, abam beli kat sini pulak. 






Kesimpulannya, kalau korang nak cuba stay kat hotel The Royal Chateau ni…abam amat syorkan. Kalau dah siap sepenuhnya,rasanya lagi menarik nanti. Okeh, abam belanja sket pic kat sana sambil melayan si budak kecik ni dan kebetulan kat sana terjumpa pulak sahabat abam yang sama-sama dalam perjalanan nak balik kampung,tapi TERsinggah kat Cameron Highland heheh..…Terima kasih sebab sudi melayan entri abam kali ni...




Mat Bunga kalau nampak bunga mesti nak kena ambik pic punya hehhe....


Si Haziq kalau dapat aiskrim, dah tak toleh kiri kanan dah....hehehhe

p/s : pada rakan-rakan yang berminat nak sewa hotel/villa The Royal Chateau boleh hubungi pengurus kat situ..Encik Kamal 0143067685.
Kalau nak mencari lokasi, search Kasimani's starwberry Farm...

6 comments:

  1. salam
    ada contact no royal chateau tak.?
    tolong email kat yatee.elly@yahoo.com
    tkasih

    ReplyDelete
  2. tak dapat ka no contact en. korie?

    ReplyDelete
  3. http://abnb.me/EVmg/Vfx4QYbGtzi
    Cameron homestay

    ReplyDelete
  4. Mohd Reihan

    Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang REIHAN BANDUNG TRANSPORT selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rizky nya Amiin…. Reihan Bandung transport hanya sekedar ingin menginfokan promosi promosi yang tersedia di Reihan, mengenai bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi saat weekend. Reihan Bandung Transport menyediakan Kereta Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta.
    JOM JOM ke Bandung bersama Reihan, dijamin Muraaaah dan puas ^_^
    Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Reihan…
    Dijamin Reihan bagi harga sangat Muraaaah dan pelayanan yang sangat baik..
    Contact Person :
    Mobile Phone : +6281323761223
    WhatsApp : +6281323761223
    Email : mohdreihan98@gmail.com
    Fb :mohd reihan
    Reihan Bandung Transport tunggu yah kedatangan Tuan / Puan ke Bandung..
    Wassalam..wr.wb..

    ReplyDelete