Pada 2 Januari 2016, tercapai cita-cita nak blajar secara formal menggunakan kamera dslr. Peluang yang tak disangka-sangka apabila...

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Adhadi Mohd di Agro Farmstay

04:08 Abam Korie 3 Comments



Pada 2 Januari 2016, tercapai cita-cita nak blajar secara formal menggunakan kamera dslr. Peluang yang tak disangka-sangka apabila Kelab Blogger Ben Ashaari membuat satu bengkel Fotografi dan Alhamdulillah, abam diterima untuk menyertai sekali dalam bengkel tu..
Resort Agro Farm @ Skill Tech, Melaka.

Bertempat di Agro Farm Stay Skill Tech Melaka, ada seramai 30 orang lagi bloggers yang turut serta, datang dari pelbagai negeri untuk belajar tentang fotografi.

Dah lama sebenarnya mencari peluang nak belajar pasal dslr ni. Sebelum ni asyik berguru dengan google, youtube dan ada beberapa rakan yang bantu bagi tips camana nak gunakan dslr dalam manual mode. Masalahnya, bila sampai nak praktikal tu yang terkial-kial. Ada dapat gambar gelap lah, ada gambar terlalu cerah lah. Memang terkial-kial betul nak pahamkan masa tu.

Dalam bengkel fotografi ni walaupun hanya satu hari saja, dengan cara dan teknik encik Adhadi Mohd bagitau memang ringkas dan memang mudah untuk paham.

Bengkel Asas Fotografi oleh Encik Adhadi Mohd

Penerangan tentang teknik pecahayaan, pemahaman tentang ISO, Aperture dan Shutter Speed baru lah dapat buka minda abam ni, baru ler paham serba sedikit camana nak setting semua tu.

Penerangan teknik & cara menggunakan pengcahayaan.


Yang menariknya, Encik Adhadi memang spoting giler,...tiada istilah soalan bodoh. Semua pertanyaan dilayan dengan sejelas-jelasnya. Kebanyakan peserta yang menggunakan kamera dslr ada yang masih menggunakan mode auto, jadi kadang-kadang ada istilah dan "setting" dalam kamera dslr yang kami sendiri pun masih blur dan tak paham. Almaklum lah sebelum ni cuma guna fungsi auto jer. Bila dah diminta menggunakan "setting" manual, baru terkial-kial. Macam abam lah hehehe...

Sesi praktikal di luar kelas.


Encik Adhadi menunjukan cara mengambil gambar.

Beliau juga lebih menekankan kepada praktikal. Pada masa ni lah, pemahaman yang ada dalam kelas teori tadi dapat digunakan atau tak..







Memang betul , memang tak semudah yang disangkakan. Abam pada mula rasa macam dah paham dalam kelas teori. Bila sesi praktikal abam dah terkial-kial selaraskan "setting" iso, aperture dan shutter speed. Tapi dengan bantuan dan tip-tip Encik Adhadi semasa sesi praktikal, barulah abam dapat paham. Yang penting kena rajin berlatih dan jangan sayang shutter count pada kamera dslr.

Yang menariknya, Encik Adhadi sediakan video tutorial dalam bahasa Melayu untuk memudahkan lagi abam ulangkaji teknik-teknik dslr ni. Almaklum lah, asyik blur jer kan..


DVD video tutorial oleh Encik Adhadi



Serius, dalam dvd ni memang senang nak follow dan memang senang nak faham. Memang sesuai sangat untuk korang yang selama ni ada dslr tapi asyik guna mode auto jer...Sesuai jugak kat korang yang malu-malu nak join kelas.







Ok,kalau korang berminat nak tau pasal kelas fotografi dengan Encik Adhadi ni ataupun dengan dvd ni, boleh kontek jer terus Encik Adhadi di https://www.facebook.com/adhadi6.

Beliau jugak ada sediakan perkhidmatan fotografi untuk perkahwinan, event dan untuk sesi bengkel yang abam join macamni pun boleh. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Encik Adhadi Mohd, boleh layari :

Website www.adhadi.com.

3 comments:

  1. seronok belajar teknik2 yang digunakan untuk mendapatlan gambar yg berkualiti.

    ReplyDelete
  2. seronok dapat menimbu ilmu dengan bro adhadi kan.

    ReplyDelete
  3. Terbaik bengkel ni...memang best dapat belajar ilmu berkaitan fotografi..

    ReplyDelete