Kalau korang ada baca entri abam yang sebelum ni, abam ada ceritakan pasal bengkel Fotografi bersama Kelab Blogger Ben Ashaari di Agrofarm S...

Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech . Resort Menarik DI Melaka

21:58 Abam Korie 2 Comments

Kalau korang ada baca entri abam yang sebelum ni, abam ada ceritakan pasal bengkel Fotografi bersama Kelab Blogger Ben Ashaari di Agrofarm Stay di Melaka. Sebenarnya ni lah pertama kali abam menjejak kaki ke tempat penginapan yang berkonsepkan seperti inap desa macamni. Tempat ni agak jauh dari bandar. Suasana nyaman dan rasa seperti kat kampung, rasa sunyi dan tenang jer..

Sebenarnya senang jer nak ke sini, abam guna maps dari tol Air Keroh. Tak sampai pun 30 minit dah sampai ke Agrofarm Stay ni. Kalau datang waktu siang, boleh guna laluan UTEM.


Ok, kali ni abam nak review dulu pasal kemudahan dan apa yang ada di Resort Agrofarm Stay ni... Mungkin dapat bantu korang kot-kot sesuai dengan aktiviti yang bakal korang nak buat nanti..


Dewan Liliy.

Di dewan ni sebenarnya abam dengan blogger-blogger lain mengikuti bengkel fotografi dengan Encik Adhadi pada 2 dan 3hb Januari 2016 yg lepas. Dewan ni memang luas dan cukup selesa. Memang sesuai kalau nak adakan meeting yang besar, seminar atau bengkel. 




Bilik Mesyuarat (Pool View Meeting Room)





Bilik mensyuarat ni memang betul-betul depan kolam renang. Rasa-rasa panas dalam meeting tu, terus lari terjun jer masuk dalam kolam...best kan ...hehehhe


Kalau bawa famili, memang best layan dengan anak-anak mandi kat kolam renang ni. Ada kolam untuk kedalaman dewasa dan ada untuk kedalaman kanak-kanak.


Surau Teratai.
Selain pada tu, pihak Agrofarm ada juga sediakan surau secara terbuka.
 

Chalet


Rumah warna-warni ni sebenarnya chalet dan boleh muatkan sehingga 10 orang dalam tu. Ini memang sesuai untuk yang berminat nak buat kem motivasi untuk budak-budak sekolah, nak buat family day dan nak buat family reunion pun sesuai.









Villa



Kat sini lah abam stay hari tu..rumah diatas bukit. Memang sesuai lah diorang panggil villa. Villa ni memang dapat sambutan hangat setiap hujung minggu. Terutamanya famili yang tinggal di bandar, datang ke sini nak rasa suasana & keindahan seperti di kampung. Diorang datang sini, siap buat bbq dan buat pelbagai aktiviti kat resort ni.
Kenapa hot sangat villa ni..haa,..jom kita tengok apa ada dalam villa ni..










Cantik kan kat dalam villa ni. Sebab tu, setiap hujung minggu selalu jer penuh. Jadi kalau korang berminat nak lepak-lepak tenang fikiran, layan bbq dengan famili..cepat-cepat kontek pihak Agrofarm ni..
Dewan Palma.



Semasa abam berada kat sini, dewan ni dijadikan sebagai dewan makan untuk blogger-blogger. Tapi apa yang abam dipahamkan oleh pihak Agrofarm, dewan ni juga boleh digunakan untuk pelbagai acara,bergantung kepada kepada aktiviti yang sesuai korang nak buat..


Ujang si kuda padi.

Haa...inilah salah satu tarikan yang ada kat sini. Setiap pengunjung yang datang mesti nak bermesra dengan si Ujang.Tengok jer lah ni, aksi si blogger Ujang nak bagi makan kat si Ujang heheh...tak tau lah samada dia takut ke, geli ke atau malu dengan si Ujang tu.hehhe...siap acah-acah plak...heheh


Rumah Kasut (Karaoke Lounge)





Dah penat-penat buat aktiviti tu, boleh la layan karaoke kat rumah kasut ni. Memang unik rumah ni. Kat dalam lagi lah menarik dengan sound sistem yang memang tak power. Karok lah puas-puas dalam tu...heheh



Kalau korang berminat nak tau dengan lebih lanjut, korang boleh layari :



Atau
Alamat :
Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/ Machap, 76100, Durian Tunggal, Melaka

Atau boleh Menghubungi :
Encik Bari - 012-211 8246
Encik Mat - 016-209 8623


































2 comments: