Rasanya dah hampir 2 bulan tak ke MMA Santai Corner menjamu selera dengan keluarga. Tak jauh pun sebenarnya dari Putrajaya. Cuma ambil...

Bubur Nasi Berlauk Dlaila Terbaik!

10:11 Abam Korie 18 Comments



Rasanya dah hampir 2 bulan tak ke MMA Santai Corner menjamu selera dengan keluarga. Tak jauh pun sebenarnya dari Putrajaya. Cuma ambil masa dalam 30 minit jer . Ikut jer lebuhraya Sungai Besi - Seremban tu dan keluar ikut tol Nilai. Kalau korang biasa dengan Nilai 1, haa..dekat-dekat situ jer. 


Kali ni, yang abam teringin sangat nak pegi kesana sebab gerai Dlaila Mee Udang yang power tu, dah buka cawangan baru dalam MMA Santai Corner tu, gerai Dlaila Bubur Nasi Berlauk pulak. Dengar-dengar dari kawan abam yang dah pegi, menu kat sini lain dari lain. Unik katanya. 




Ni lah kedai Dlaila Mee Udang yang femes kat Nilai ni..

Ok..kalau korang nak tau, nilah gerainya. Korang tengok sendirilah lauk-pauk yang siap pun di masak. Jadi korang tak yah nak tunggu lama-lama nak makan. Order jer bubur, pastu korang pilih lah lauk sendiri yang korang nak. Kejap jer pas order, dah sampai ke meja korang.

Ni lah satu lagi cawangan Dlaila Mee Udang, Dlaila Bubur Nasi Berlauk..

Tengok lah lauk-lauk yang siap dimasak..
Yang paling unik kat sini, ada pelbagai jenis bubur nasi yang mungkin korang susah nak jumpa kat tempat lain. Korang boleh pilih samada nak makan Bubur Ayam Organik, Bubur Seafood atau Bubur Haruan Herba.


Macam biasa, kalau abam ke sana, mesti nak makan jugak kat Dlaila Mee Udang. Mee Ketam, sepinggan untuk anak dara abam. Assam Pedas ikan patin untuk wife abam. Abam dengan yang lain, order bubur nasi berlauk.
Bubur Ayam Herba dengan Sambal udang petai, Tempe & ikan bilis goreng..
Ni menu dari Dlaila Mee Udang - Asam Pedas Ikan Patin
Ini pun menu dari Dlaila Mee Udang - Mee ketam..
Tak sangka semangkuk tu, anak dara abam boleh abiskan...

Bergaya dulu sebelum abiskan bubur semangkuk..
Mula dia makan western, pastu dia makan bubur nasik pulak semangkuk..
Serius, memang sedap. Kalau tak sedap takan sampai 2 mangkuk bubur abam balun sorang-sorang heheh..
.

Licin...hehehhe
Terima kasih kepada pemilik gerai Dlaila Bubur Nasi Berlauk dan Dlaila Mee Udang, kak Laila sebab melayan abam sekeluarga. Setiap kali abam datang mesti kak Laila datang tanya kabar. Bukan tu jer, abam perasan kak Laila ni memang peramah dengan pelanggan yang datang ke gerai beliau.

Yang berbaju merah tu lah ownernya,..Kak Laila.

Untuk korang yang nak rasa bubur nasi berlauk yang memang unik dan sedap ni..boleh jer kontek terus kak Laila di FB Norlaila Dlaila Dlaila. Atau korang boleh waze, MMA Santai Corner Nilai.


Haaa... apa lagi boleh ler booking untuk pegi hujung minggu ni...Selamat menjamu selera..

18 comments:

  1. Dah lama teringin nak makan bubur berlauk kak laila... Huhuhuu

    ReplyDelete
  2. Dah lama teringin nak makan bubur berlauk kak laila... Huhuhuu

    ReplyDelete
  3. Lama gak tak dtg mkn sini. Dah ada bubur, bestnya...

    ReplyDelete
  4. air tangan kak laila tak penahnya tak sedap ,lama lak tak ke sana hehehhe...

    ReplyDelete
  5. ok..next nak terjah kedai kak laila lepas balik dari Penang minggu ni

    ReplyDelete
  6. abam korie makan banyak pun takper sebab pandai diet balik....hehehehe

    ReplyDelete
  7. Assalam. Terimakasih syer. Bolela cuba nanti..

    ReplyDelete
  8. Takpernah p.sini lg. Nnti abam bawak mimin tau

    ReplyDelete
  9. ema pun kalau teringin nak makan bubur nasi kak laila ni terus jer terjah jer pergi..jarak tolak ke tepi.

    ReplyDelete
  10. Huhuhu...kat area melaka xde plak ea mcm ni...bw here:) done follow...

    ReplyDelete
  11. Smlm pergi nk mkn bubur . Dr ptjy ke nilai.. Sekali dah xde dah.. bila tanya drg. Drg jawab x buat dah..

    ReplyDelete
  12. Lokasi dekat Nilai eh Abam? Jauh tuuu huhu. Scroll tengok asam pedas tu nampak menyelerakan pulakkk, nampak pekat. Nak buat sendiri tak reti hahah. Nad follow sini ye Abam #19

    ReplyDelete
  13. salam perkenalan.Saja singgah tambah kenalan blogger.BTW, Jemput singgah blog Syu https://www.syuderis.com/

    ReplyDelete