Akhirnya abam mengalah jugak dengan pujuk rayu wife nak tengok Dilwale, setelah beberapa kali abam tolak tak nak pegi tengok. Bayangkan ...

Diwale..mengalah demi isteri..

15:47 Abam Korie 3 Comments



Akhirnya abam mengalah jugak dengan pujuk rayu wife nak tengok Dilwale, setelah beberapa kali abam tolak tak nak pegi tengok. Bayangkan wife sampai ambik cuti. Lagipun dia bagitau.. bila lagi, time ni lah nak ambik kesempatan nak berdating berdua. Asal nak berdating jer, anak-anak nak ikut...heheh..kacau daun..betul jugak kan...sesekali kan...kan

Kalau kat Putrajaya ni, abam tak perlu nak pegi jauh-jauh nak tengok movie..Paling dekat, kat GSC Alamanda jer.. 5 minit pun dah sampai. Rajin dengan malas nak pegi tengok jer..heheh

Sebabkan wife ambik cuti, jadi abam cadangkan tengok jer tayangan yang paling awal. Check jer dalam website GSC, dah boleh tau movie & waktu tayangan pukul brapa kat situ.




So yang paling awal tayangan Dilwale masa tu, pkl 12 tenghari...so dah setel semua urusan kat umah, pukul 11 abam dah terpacak dah GSC Alamanda..so korang nak tau kenapa abam pegi tengok hari Rabu?...sebab hari Rabu jer dapat tiket separuh harga..kan dah jimat. ..kan...kan.



Review abam untuk filem DIlwale.

Cerita Dilwale boleh abam kategorikan sebagai filem hiburan ringan. Ada unsur romantik,..emm biasa lah untuk filem hindustan kan. Ada unsur komedi yang tak terlalu over . Unsur ikatan persahabatan & kekeluargaan. Juga diselitkan babak-babak aksi kejar-mengejar dengan kereta, ala-ala filem Fast & Furious.

Yang abam suka dalam filem hindustan ni, sinematografinya memang cukup menarik..dengan latar belakang di set lokasi pengambaran tu. .memang ohsem...takder teknik cgi, terus buat kat lokasi...cuba tengok video yang abam selitkan kat bawah ni...video pembikinan untuk lagu Gerua dalam filem Dilwane ni..



Rasanya ada 5 lagu dalam filem Dilwale ni, tapi yang abam rasa agak layan sampai menusuk kalbu..opkos lah Janam Janam & Gerua.

Kekuatan filem ni sebenarnya ada pada penampilan semula pelakon lama, Shah Rukh Khan & Kajol. Ramai sebenarnya peminat SRK & Kajol nak melihat gandingan mereka  berdua semula selepas filem 
Dilwale Dulhania Le Jayengge & Kuch Kuch Hota Hai.

Bagi abam lakonan pelakon baru, Varon Dhawan & Kriti Sanon agak kaku, kurang memberi impak kepada filem Dimwale ni....



Secara keseluruhan filem Dilwale agak menarik untuk ditonton dan walaupun jalan ceritanya agak mudah dan boleh dijangka. Walaupun tak sehebat filem lakonan SRK yang dulu-dulu seperti filem Dilwale Dulhania Le Jayengge, Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Kushi Kabhi Gham & Mohabbatein, tapi kira berbaloi jika korang peminat SRK & Kajol, boleh tengok diorang comeback dalam 1 filem.

Untuk filem abam berikan 6.5 / 10. Filem menarik untuk ditonton & santai.

 

3 comments:

  1. Wow layan dilwale jugak rupanya... Hehhe org pi tgk dilwale ni sbb srk dan kajol je + cinemagraphy yg cun! Kalo ikut jln citer biasa2 je pun... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui....lagu gerua tu yang bagi feeling sket tu...hehehhe

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete