Akhirnya setelah berminggu ditayangkan barulah aku berkesempatan pegi tengok movie Star  Wars The Force Awaken ni. Sebenarnya aku nak peg...

Star Wars : The Force Awaken, filem wajib tonton..

20:01 Abam Korie 0 Comments



Akhirnya setelah berminggu ditayangkan barulah aku berkesempatan pegi tengok movie Star  Wars The Force Awaken ni. Sebenarnya aku nak pegi tengok dari minggu pertama movie ni kluar lagi, tapi yang tak tahannya terlalu ramai sangat kat panggung tu. Malas aku nak bersesak…hehhehe..biasalah, aku ni kalau pegi tengok wayang selalunya akan bawa sekali dengan wife dan anak-anak...biarlah diorang selesa, tak bersesak-sesak..

Bagi yang dah tengok semua filem Star Wars ni, memang agak senang nak paham.  Filem kali ini menceritakan apa yang berlaku, selepas 30 tahun trilogi Return of the Jedi pada 1983 dan kali ni menonjolkan  watak baru, Reu (Daisy Ridley) yang ada kuasa The Force dan kemudian watak Finn (John Boyega) asalnya Stomptroppers yang membelot. Serta watak yang akan gantikan Darth Vader, Kylo Ren (Adam Drive) dan watak Poe Dameron(Oscar Isaac) pilot yang terer giler bawa Starfighter X-wings.

Memang dari dulu aku memang minat giler dengan filem Star Wars sebab dalam setiap filem ada menampilkan pelbagai karekter macam robot, mahkhluk yang rupanya pelik-pelik dan lepas tu dengan pelbagai bahasa diorang gunakan dalam filem ni. Sinematografi dalam filem kali ni pun cukup bagus. Tak sangka lokasi padang pasir yang gunakan untuk set kali ni sebenarnya di Tunisia...

Bagi peminat filem Star Wars atau yang kaki layan movie tu..filem ni memang wajib tonton sebab ada aksi pertarungan kali ni memang cukup best…memang suspen habis. Lepas tu digabungkan balik watak-watak lama seperti Hans Solo, Luke Skywalker & Princess Lea. Ada part yang agak sedih bila watak Hans Solo mati dibunuh oleh anak sendiri iaitu Kylo Ren..

Apa-apa pun, ramai yang akan tertunggu filem Star Wars yang akan datang yang lebih best dengan adanya watak-watak baru ni.
Nasihat aku, kepada baru nak berjinak-jinak dengan filem Star Wars..tengok ler dulu filem-filem lepas…Nanti dari awal sampai akhir filem, terkebil-kebil blur…ni yang jadi kat wife aku semalam…sampai hari ni dia masih tak paham criter…hehehhe…
Muka wife yang masih blur, tak paham criter hehhehe..


0 comments: