Malam ni abam nak share satu exercise yang memang selalu abam buat dan boleh jugak bantu korang bakar lemak dengan pantas dan memang sesu...

Nak Bakar Lemak dengan cepat? Korang kena cuba...

06:35 Abam Korie 3 Comments



Malam ni abam nak share satu exercise yang memang selalu abam buat dan boleh jugak bantu korang bakar lemak dengan pantas dan memang sesuai untuk korang yang takde masa nak lepak lelama kat gym atau untuk korang yang ada masa yang terhad untuk exercise..tak perlu masa yang lama, hanya minimum 30 minit pun dah cukup..
Kalau korang rajin-rajin google, memang banyak stail atau teknik exercise untuk lose fat ni. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan teknik COMPLEXES.

Apa tu COMPLEXES?
Complexes ini adalah satu siri pelbagai jenis exercise dibuat secara berterusan. Maksudnya, selepas selesai jer satu exercise, terus sambung ke exercise yang seterusnya sehingga semua jenis exercise tu selesai. Kalau kita menggunakan bebanan mungkin seperti dumbbell, barbell, kettlebell atau nak gunakan botol air pun boleh..atau tanpa bebanan, hanya dengan bodyweight pun boleh nak buat.
Sebagai permulaan, abam nak share satu contoh siri exercise complexes hanya menggunakan BODYWEIGHT sahaja, untuk peringkat beginner dulu. Nanti untuk next entry, abam akan share pulak untuk peringkat intermediate & advanced. Jadi untuk peringkat beginner ni, korang boleh cuba exercise complexes ni, samada korang jalan-jalan kat taman atau nak buat kat umah pun boleh..

Bodyweight Complexes for Beginner.
 Burpees ( buat ulangan sehinga 10 kali )



Push ups ( buat ulangan sehingga 10 kali )
Mountain Climbers ( buat ulangan sehingga 20 kali )
 Trusters ( buat ulangan sehingga 10 kali )
Boleh gantikan dumbell dengan botol air       
Jumping Jack ( buat ulangan sehingga 20 kali)


Rehat 30 saat atau 60 saat dan ulangkan set tadi sehingga 3 sets.



Untuk permulaan, korang try dulu buat sekali dalam seminggu, kemudian 2 kali & sehingga korang boleh rasa fitness level korang bertambah dan rasa seolah-olah exercise tadi cukup mudah nak buat. Pada masa tu, boleh tambah ulangan atau tambah jenis exercise yang sesuai. Lepas ni korang akan Nampak perubahan ketara pada perut, pinggang, paha dan bahagian yang banyak lemak tu akan mencair..

Insyaallah, untuk entry akan datang abam akan share kan exercise yang mudah korang buat dan tak perlu ambik masa yang lama. Ok, selamat mencuba…

rujukan: The Strong Page

3 comments:

  1. Mampu tengok ja sambil golek2 atas katil ni.. pastu merungut bilalah nak kurus.. hahaha.. Selamat tahun baru.. Somoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya inshaAllah.. MD singgah follow sini..

    ReplyDelete