Bubur Nasi Berlauk Dlaila Terbaik!

Rasanya dah hampir 2 bulan tak ke MMA Santai Corner menjamu selera dengan keluarga. Tak jauh pun sebenarnya dari Putrajaya. Cuma ambil...



Rasanya dah hampir 2 bulan tak ke MMA Santai Corner menjamu selera dengan keluarga. Tak jauh pun sebenarnya dari Putrajaya. Cuma ambil masa dalam 30 minit jer . Ikut jer lebuhraya Sungai Besi - Seremban tu dan keluar ikut tol Nilai. Kalau korang biasa dengan Nilai 1, haa..dekat-dekat situ jer. 


Kali ni, yang abam teringin sangat nak pegi kesana sebab gerai Dlaila Mee Udang yang power tu, dah buka cawangan baru dalam MMA Santai Corner tu, gerai Dlaila Bubur Nasi Berlauk pulak. Dengar-dengar dari kawan abam yang dah pegi, menu kat sini lain dari lain. Unik katanya. 




Ni lah kedai Dlaila Mee Udang yang femes kat Nilai ni..

Ok..kalau korang nak tau, nilah gerainya. Korang tengok sendirilah lauk-pauk yang siap pun di masak. Jadi korang tak yah nak tunggu lama-lama nak makan. Order jer bubur, pastu korang pilih lah lauk sendiri yang korang nak. Kejap jer pas order, dah sampai ke meja korang.

Ni lah satu lagi cawangan Dlaila Mee Udang, Dlaila Bubur Nasi Berlauk..

Tengok lah lauk-lauk yang siap dimasak..
Yang paling unik kat sini, ada pelbagai jenis bubur nasi yang mungkin korang susah nak jumpa kat tempat lain. Korang boleh pilih samada nak makan Bubur Ayam Organik, Bubur Seafood atau Bubur Haruan Herba.


Macam biasa, kalau abam ke sana, mesti nak makan jugak kat Dlaila Mee Udang. Mee Ketam, sepinggan untuk anak dara abam. Assam Pedas ikan patin untuk wife abam. Abam dengan yang lain, order bubur nasi berlauk.
Bubur Ayam Herba dengan Sambal udang petai, Tempe & ikan bilis goreng..
Ni menu dari Dlaila Mee Udang - Asam Pedas Ikan Patin
Ini pun menu dari Dlaila Mee Udang - Mee ketam..
Tak sangka semangkuk tu, anak dara abam boleh abiskan...

Bergaya dulu sebelum abiskan bubur semangkuk..
Mula dia makan western, pastu dia makan bubur nasik pulak semangkuk..
Serius, memang sedap. Kalau tak sedap takan sampai 2 mangkuk bubur abam balun sorang-sorang heheh..
.

Licin...hehehhe
Terima kasih kepada pemilik gerai Dlaila Bubur Nasi Berlauk dan Dlaila Mee Udang, kak Laila sebab melayan abam sekeluarga. Setiap kali abam datang mesti kak Laila datang tanya kabar. Bukan tu jer, abam perasan kak Laila ni memang peramah dengan pelanggan yang datang ke gerai beliau.

Yang berbaju merah tu lah ownernya,..Kak Laila.

Untuk korang yang nak rasa bubur nasi berlauk yang memang unik dan sedap ni..boleh jer kontek terus kak Laila di FB Norlaila Dlaila Dlaila. Atau korang boleh waze, MMA Santai Corner Nilai.


Haaa... apa lagi boleh ler booking untuk pegi hujung minggu ni...Selamat menjamu selera..

Diwale..mengalah demi isteri..

Akhirnya abam mengalah jugak dengan pujuk rayu wife nak tengok Dilwale, setelah beberapa kali abam tolak tak nak pegi tengok. Bayangkan ...



Akhirnya abam mengalah jugak dengan pujuk rayu wife nak tengok Dilwale, setelah beberapa kali abam tolak tak nak pegi tengok. Bayangkan wife sampai ambik cuti. Lagipun dia bagitau.. bila lagi, time ni lah nak ambik kesempatan nak berdating berdua. Asal nak berdating jer, anak-anak nak ikut...heheh..kacau daun..betul jugak kan...sesekali kan...kan

Kalau kat Putrajaya ni, abam tak perlu nak pegi jauh-jauh nak tengok movie..Paling dekat, kat GSC Alamanda jer.. 5 minit pun dah sampai. Rajin dengan malas nak pegi tengok jer..heheh

Sebabkan wife ambik cuti, jadi abam cadangkan tengok jer tayangan yang paling awal. Check jer dalam website GSC, dah boleh tau movie & waktu tayangan pukul brapa kat situ.




So yang paling awal tayangan Dilwale masa tu, pkl 12 tenghari...so dah setel semua urusan kat umah, pukul 11 abam dah terpacak dah GSC Alamanda..so korang nak tau kenapa abam pegi tengok hari Rabu?...sebab hari Rabu jer dapat tiket separuh harga..kan dah jimat. ..kan...kan.



Review abam untuk filem DIlwale.

Cerita Dilwale boleh abam kategorikan sebagai filem hiburan ringan. Ada unsur romantik,..emm biasa lah untuk filem hindustan kan. Ada unsur komedi yang tak terlalu over . Unsur ikatan persahabatan & kekeluargaan. Juga diselitkan babak-babak aksi kejar-mengejar dengan kereta, ala-ala filem Fast & Furious.

Yang abam suka dalam filem hindustan ni, sinematografinya memang cukup menarik..dengan latar belakang di set lokasi pengambaran tu. .memang ohsem...takder teknik cgi, terus buat kat lokasi...cuba tengok video yang abam selitkan kat bawah ni...video pembikinan untuk lagu Gerua dalam filem Dilwane ni..



Rasanya ada 5 lagu dalam filem Dilwale ni, tapi yang abam rasa agak layan sampai menusuk kalbu..opkos lah Janam Janam & Gerua.

Kekuatan filem ni sebenarnya ada pada penampilan semula pelakon lama, Shah Rukh Khan & Kajol. Ramai sebenarnya peminat SRK & Kajol nak melihat gandingan mereka  berdua semula selepas filem 
Dilwale Dulhania Le Jayengge & Kuch Kuch Hota Hai.

Bagi abam lakonan pelakon baru, Varon Dhawan & Kriti Sanon agak kaku, kurang memberi impak kepada filem Dimwale ni....



Secara keseluruhan filem Dilwale agak menarik untuk ditonton dan walaupun jalan ceritanya agak mudah dan boleh dijangka. Walaupun tak sehebat filem lakonan SRK yang dulu-dulu seperti filem Dilwale Dulhania Le Jayengge, Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Kushi Kabhi Gham & Mohabbatein, tapi kira berbaloi jika korang peminat SRK & Kajol, boleh tengok diorang comeback dalam 1 filem.

Untuk filem abam berikan 6.5 / 10. Filem menarik untuk ditonton & santai.

 


Merayau di Pasar Pagi Stadium Shah Alam

Ni ceriter hujung minggu lepas. Cadang nak gi pasar aka merket..bak kata orang Kedah...abam boleh terlajak sampai ke pasar pagi Ahad kat St...

Ni ceriter hujung minggu lepas. Cadang nak gi pasar aka merket..bak kata orang Kedah...abam boleh terlajak sampai ke pasar pagi Ahad kat Stadium Shah Alam. Putrajaya ke Shah Alam...terlajak dengan sengajanya hehehe...

Amboi..menjeling yer bang...hehhehe



Kebetulan abam pun nak cari baju, seluar, kasut untuk pegi event dalam bulan Februari nanti dengan team bloggers Ben Ashaari. So memang sesuai lakat sini kan...Semangat punya pasal, lagi sebulan nak pegi tu...dah siap nak prepare dah hehhe... Lagi pun cadang nak cari yang bundle jer. Napa yang bundle?..hehe Akan datang abam criter..memang sesuai sangat dengan event abam nak pegi nanti ni...

Kalau nak ikutkan, rasanya lah...dah hampir 5 tahun abam tak datang ke pasar pagi ni...tapi meriah sama jer macam dulu. Dari awal pagi, lebih kurang dalam pukul 9 pagi abam dah sampai...dah penuh dengan manusia...parking pun dah penuh, so kena parking sket dari situ..

Sambil jalan-jalan, abam cuba usha-usha gerai-gerai bundle kat situ...kot-kot ada yang berkenan. Bila jumpa yang berkenan, ...alamak!!..saiz pulak takde..biasalah...bundle kan..nasib ler kalau ada...

Tapi masa kat situ, ada juga gerai-gerai yang jual barang-barang yang agak unik..macam kat pasar karat tu, unik dan rare...Tapi mungkin korang yang dah biasa dengan pasar karat ni, barang-barang kat sini mungkin biasa jer kot...hehehhe..

Pusing punya pusing sampai kat gerai hujung sekali, emm..takde lah pulak yang berkenan dihati...tapi orang lain pulak yang bershopping. Tu untungnya kalau bawa wife shopping sekali...kan..kan...hehhehe..

Cik wife tengah nego karpet..nasib baik tak jadi hehehe
Okeh...sambil jejalan tu..Ni gambar-gambar yang sempat abam snap...



Ini menarik, nasib baik tak bawa si Haziq..kalau tak mau 2,3 biji ni untuk dia...





Yang ni menarik, tak sangka blanket MAS dengan cenderahati atas flight pun ada jual..asal barang jadi duit.
Antara gerai yang jadi tumpuan ramai, baju terus dari kilang..harga cukup murah, tapi jangan compare dengan yang berjenama yer..

Baru abam perasan, rupanya kat sini...barangan basah macam ikan, ayam, sayur semua dah tak dijual dah...ingatkan nak sekali harung beli jer kat situ...so berpatah balik ler ke Putrajaya, shopping kat merket ler hehhe...sebelum tu...singgah jap kat seksyen 2 Shah Alam...abam breakfast dulu...sambil usha-usha bebudak Uitm...ehh bukan nak ngorat...cuma nak ngimbau zaman-zaman study kat situ dulu jer...hahaha...

Kecewa di Old Timer Kopi Bangi...

Malam ni, Alhamdulillah abam ada job sket...hantar kan produk kecantikan wife abam ke agen di Bangi. Dah selesai semua urusan tadi, rasa la...

Malam ni, Alhamdulillah abam ada job sket...hantar kan produk kecantikan wife abam ke agen di Bangi. Dah selesai semua urusan tadi, rasa lapar plak. Rasa nak cuba tempat makan santai-santai kat area sini. Servey punya servey, kawan suggest cuba mee kari special di Old Time Kopi Seksyen 9, berdekatan dengan Hospital Az Zahrah Bangi. 



Memang first time abam sampai ke Old Timer Kopi ni, abam nampak tempat ni memang kemas dan menarik. Kawasan sekeliling pun nampak bersih. Siap ada pasang projector dan kebetulan masa abam pegi tadi, ada game bola..so ramai jugak lah yang melayan.

Sebab abam datang dengan wife dan Haziq, so abam pilih tempat yang agak terpencil sket. Almaklum lah abam paham sangat dengan perangai si Haziq ni, tambah-tambah kalau lepas makan. Aktif, kadang-kadang tak terlayan. Takut jugak nanti mengganggu customer yang lain kan..Yang bestnya, pelayan kat sini, dah macam paham dengan perangai kanak-kanak. Dah siap offer kerusi untuk kanak-kanak. 



Abam puji sikap pelayan kat sini, memang bersopan. Terangkan satu persatu menu yang abam tanya. Almaklum lah, first sampai kat sini kan..Yang si Haziq pulak, kejap nak makan ini..kejap nak makan itu..asyik bertukar order jer. Nasib baik pelayan ni sabar tunggu sampai abam habis order. Senyum jer...


So, macam abam bgtau tadi, memang abam nak mencuba Mee Kari Special yang kawan abam bagitau tadi. Sedap katanya...tapi kecewa betul, dah abis dah rupanya...alahai...so terpaksa lah tukar ke menu lain..

Ok, ni lah menu yang abam cuba kat sini...





Tak sempat abah nak ambik gambar, Haziq dah pulun dulu dah..hehehhe...

Terus terang abam bgtau, selera memang kena dengan tekak abam. Memang tak mengecewakan. Kalau dari 5 bintang, abam boleh bagi 3 bintang. Boleh improve lagi masakan tu. Bagi abam lah, kopi o belum tahap special lagi...mungkin abam dah biasa dengan kopi kampung di utara yang sememangnya jenis kaw dan pekat...bila rasa yang ceroi ni, agak kureng sket bagi abam...Apa pun, seperti biasa...kalau ok..abam akan makan sampai licin...macam ni haaa.....hehehhe..

Licin...tak baik membazirkan...kan..kan

Okeh, kalau korang nak cuba sendiri,..boleh datang ke Seksyen 9 Bangi. Lokasi di belakang Hospital Az Zahrah..

Ok...Chau...Assalamualaikum... :)





Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech . Resort Menarik DI Melaka

Kalau korang ada baca entri abam yang sebelum ni, abam ada ceritakan pasal bengkel Fotografi bersama Kelab Blogger Ben Ashaari di Agrofarm S...

Kalau korang ada baca entri abam yang sebelum ni, abam ada ceritakan pasal bengkel Fotografi bersama Kelab Blogger Ben Ashaari di Agrofarm Stay di Melaka. Sebenarnya ni lah pertama kali abam menjejak kaki ke tempat penginapan yang berkonsepkan seperti inap desa macamni. Tempat ni agak jauh dari bandar. Suasana nyaman dan rasa seperti kat kampung, rasa sunyi dan tenang jer..

Sebenarnya senang jer nak ke sini, abam guna maps dari tol Air Keroh. Tak sampai pun 30 minit dah sampai ke Agrofarm Stay ni. Kalau datang waktu siang, boleh guna laluan UTEM.


Ok, kali ni abam nak review dulu pasal kemudahan dan apa yang ada di Resort Agrofarm Stay ni... Mungkin dapat bantu korang kot-kot sesuai dengan aktiviti yang bakal korang nak buat nanti..


Dewan Liliy.

Di dewan ni sebenarnya abam dengan blogger-blogger lain mengikuti bengkel fotografi dengan Encik Adhadi pada 2 dan 3hb Januari 2016 yg lepas. Dewan ni memang luas dan cukup selesa. Memang sesuai kalau nak adakan meeting yang besar, seminar atau bengkel. 




Bilik Mesyuarat (Pool View Meeting Room)





Bilik mensyuarat ni memang betul-betul depan kolam renang. Rasa-rasa panas dalam meeting tu, terus lari terjun jer masuk dalam kolam...best kan ...hehehhe


Kalau bawa famili, memang best layan dengan anak-anak mandi kat kolam renang ni. Ada kolam untuk kedalaman dewasa dan ada untuk kedalaman kanak-kanak.


Surau Teratai.
Selain pada tu, pihak Agrofarm ada juga sediakan surau secara terbuka.
 

Chalet


Rumah warna-warni ni sebenarnya chalet dan boleh muatkan sehingga 10 orang dalam tu. Ini memang sesuai untuk yang berminat nak buat kem motivasi untuk budak-budak sekolah, nak buat family day dan nak buat family reunion pun sesuai.









Villa



Kat sini lah abam stay hari tu..rumah diatas bukit. Memang sesuai lah diorang panggil villa. Villa ni memang dapat sambutan hangat setiap hujung minggu. Terutamanya famili yang tinggal di bandar, datang ke sini nak rasa suasana & keindahan seperti di kampung. Diorang datang sini, siap buat bbq dan buat pelbagai aktiviti kat resort ni.
Kenapa hot sangat villa ni..haa,..jom kita tengok apa ada dalam villa ni..










Cantik kan kat dalam villa ni. Sebab tu, setiap hujung minggu selalu jer penuh. Jadi kalau korang berminat nak lepak-lepak tenang fikiran, layan bbq dengan famili..cepat-cepat kontek pihak Agrofarm ni..
Dewan Palma.



Semasa abam berada kat sini, dewan ni dijadikan sebagai dewan makan untuk blogger-blogger. Tapi apa yang abam dipahamkan oleh pihak Agrofarm, dewan ni juga boleh digunakan untuk pelbagai acara,bergantung kepada kepada aktiviti yang sesuai korang nak buat..


Ujang si kuda padi.

Haa...inilah salah satu tarikan yang ada kat sini. Setiap pengunjung yang datang mesti nak bermesra dengan si Ujang.Tengok jer lah ni, aksi si blogger Ujang nak bagi makan kat si Ujang heheh...tak tau lah samada dia takut ke, geli ke atau malu dengan si Ujang tu.hehhe...siap acah-acah plak...heheh


Rumah Kasut (Karaoke Lounge)





Dah penat-penat buat aktiviti tu, boleh la layan karaoke kat rumah kasut ni. Memang unik rumah ni. Kat dalam lagi lah menarik dengan sound sistem yang memang tak power. Karok lah puas-puas dalam tu...heheh



Kalau korang berminat nak tau dengan lebih lanjut, korang boleh layari :



Atau
Alamat :
Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/ Machap, 76100, Durian Tunggal, Melaka

Atau boleh Menghubungi :
Encik Bari - 012-211 8246
Encik Mat - 016-209 8623